Halaman Utama

Sembang Merpati

Showing posts with label KARANGAN. Show all posts
Showing posts with label KARANGAN. Show all posts

Sunday, 3 July 2011

LAPORAN: LAPORAN BULAN MERDEKA 2010

Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Merpati Sandakan

            Pada 1 hingga 30 Ogos  2010, Sekolah Kebangsaan Merpati Sandakan  telah mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara.

            Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Merpati Sandakan telah mengadakan aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Merpati Sandakan kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera-bendera Jalur Gemilang ini.

            Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk ‘Warga Merdeka’. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara.

             Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato’ Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi.

             Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 km. Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'.

             Murid-murid berasa gembira kerana dapat menjayakan bulan ini bersama-sama. Bulan Merdeka yang diadakan telah melahirkan rasa cinta murid-murid kepada negara.

Laporan disediakan oleh,                                                                                       2 September 2010


.....................................
(NUR ANIS NATASYA BINTI ALI)

LAPORAN :LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun  

           Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan terlibat dalam rombongan tersebut termasuk 3 orang guru pengiring. 

           Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar.

          Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang itu.

           Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna hijau. Mereka juga memakai sarung tangan ketika bekerja. Ramai juga pelajar yang menyoal mereka untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan mereka melayan pertanyaan para pelajar itu dengan baik walaupun sedang bekerja.     
     
Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pambungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, kami diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang itu.

              Para Peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampai cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mereka mendapat banyak pengetahuan dan melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh,                                                                                               25 Januari 2010
                                                                                           
..................................................
(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)
Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup   





***   ***   ***   ***   ***
Terima kasih. Contoh laporan ini telah disalin oleh Adik Syamsul  dan Hasif Zakwan dari Sekolah Kebangsaan Seri Tualang pada Februari 2011.