Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Bahasa Melayu Tahun 2
Tahun : 2 Boleh
Tarikh : 14 Ogos 2009
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 30 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Haiwan
Kemahiran : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
Seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat
Sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat haiwan ternakan sebenar atau melalui televisyen.
Objektif Eksplisit : Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
Aras 1
1. Bercerita tentang hobi sendiri
Aras 2
1. Menggunakan kata panggilan dan kata ganti yang sesuai mengikut situasi dan dalam perbualan.
Objektif Implisit : 1. Murid dapat membezakan panggilan kepada manusia
Dan haiwan
Gabungjalin : Pendidikan Islam
Langkah | Isi kandungan / Aktiviti | Catatan |
Langkah 1 (Set induksi) 5minit | - Guru bercerita kisah sang kancil dengan ayam mencari jarum emas | Gambar slaid |
Langkah 2 10 minit | - Guru menayangkan lakonan suasana orang berbual di kedai kopi | Mp4 |
Langkah 3 20 minit | - Murid melakonkan kembali lakonan yang terdapat dalam slaid dengan menggunakan perkataan dan panggilan yang betul - Bercerita berkisar kepada haiwan peliharaan | Skrip lakonan |
Langkah 4 10 minit | - Melakukan situasi bertemu pelawat ke sekolah contoh panggilan :selamat pagi tuan/encik | lakonan |
Langkah 5 5 minit | - Murid memberikan beberapa contoh yang di panggil kepada haiwan dalam cerita rakyat. | |
Langkah 6 5 minit | - Murid melukis gambar sang kerbau berpandukan slaid yang ditayang | Slaid powerpoint |
Langkah | Isi kandungan / Aktiviti | Catatan |
Penutup 5 minit | - Guru menerangkan hukum memanggil sanak saudara dengan panggilan yang baik | |