Halaman Utama

Sembang Merpati

Sunday 3 July 2011

RPH BM TAHUN 2

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Bahasa Melayu Tahun 2


Tahun                          :           2 Boleh
Tarikh                           :          14 Ogos 2009
Masa                           :           8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid           :           30 orang
Mata Pelajaran           :           Bahasa Melayu
Tajuk                           :           Haiwan
Kemahiran                  :           Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
                                                     Seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat
                                                     Sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Pengetahuan sedia ada:         Murid pernah melihat haiwan ternakan sebenar atau melalui televisyen.
Objektif Eksplisit         :           Pada akhir pelajaran ini murid dapat:
                                                Aras 1
1. Bercerita tentang hobi sendiri
Aras 2
1.      Menggunakan kata panggilan dan kata ganti yang sesuai mengikut situasi dan dalam perbualan.
Objektif Implisit          :           1. Murid dapat  membezakan panggilan kepada manusia
                                                     Dan haiwan
Gabungjalin                   :  Pendidikan Islam








Langkah
Isi kandungan / Aktiviti
Catatan
     Langkah 1
(Set induksi)
5minit
-          Guru bercerita kisah sang kancil dengan ayam mencari jarum emas
Gambar slaid
Langkah 2
10 minit
-          Guru menayangkan lakonan suasana orang berbual di kedai kopi
Mp4
Langkah 3
20 minit
-          Murid melakonkan kembali lakonan yang terdapat dalam slaid dengan menggunakan perkataan dan panggilan yang betul
-          Bercerita berkisar kepada haiwan peliharaan
Skrip lakonan
Langkah 4
10 minit
-          Melakukan situasi bertemu pelawat ke sekolah contoh panggilan :selamat pagi tuan/encik
lakonan
Langkah 5
5 minit
-          Murid memberikan beberapa contoh yang di panggil kepada haiwan dalam cerita rakyat.

Langkah 6
5 minit
-          Murid melukis gambar sang kerbau  berpandukan slaid yang ditayang


Slaid powerpoint
Langkah
Isi kandungan / Aktiviti
Catatan
Penutup
5 minit
-          Guru menerangkan hukum memanggil  sanak saudara dengan panggilan yang baik









JAWAPAN LATIHAN 2 SET A

Latihan 2
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.

LATIHAN TATABAHASA 2 SET A

Latihan 2
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.
1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.        
6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.

KATA KERJA

KATA KERJA
1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-,dan sebagainya.

2.Kata kerja terbahagi kepada:
  (a) kata kerja tak transitif
  (b) kata kerja transitif
  (c) kata kerja  pasif
3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang 
   lengkap.Misalnya:
    (a) Ayah tidur.
    
(b) Penyanyi itu menari.
4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
       ada,bocor,kandas.

5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.

6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya:
    Abang membaca buku.
    (a) membaca-kata kerja transitif
    (b) buku-objek

7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
       makan,melukis,minum.

8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.


   Contohnya:
   Kata Kerja Transitif                        Kata Kerja Pasif
   mengambil                  ambil
9.Ada tiga jenis kata kerja pasif.
    (a)kata kerja pasif diri pertama
    (b)kata kerja pasif diri kedua
    (c)kata kerja pasif diri ketiga

10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-. Contohnya:
     kuambil, kuperoleh, kududuki

11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau- .Contohnya:
     kauambil, kauberikan, kaududuki

12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya:
     diambil, diberikan, diduduki

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN 

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


MATLAMAT 

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:
• mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
• bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
• membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
• menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
• menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
• memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
• menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.


STRSTEGI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN 

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.


PENGGABUNGJALINAN 

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.


PENYERAPAN 

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.


PENGAYAAN 

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.


PEMULIHAN 

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PENILAIAN 

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

AWALAN BER-

entuk Awalan ber-
1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang berikut.
Awalan
Keterangan
Contoh
be-Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf ratau suku kata pertamanya berakhir dengan erbe.rasa, be.roda
be.rumah, be.kerja
dan be.serta
bel-Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjurbel.ajar, bel.unjur
ber-Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut di atasber.ayah,ber.bentuk,
ber.gaduh, ber.kepak, 
dan
ber.tenaga
Makna Awalan ber-
Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) mempunyai....
     berayah = mempunyai ayah
     beribu   = mempunyai ibu

(b) memakai....
     berbaju = memakai baju
     berkasut = memakai kasut

(c) menaiki atau menunggang....
     berkereta = menaiki kereta
     berbasikal = menunggang basikal

(d) menggunakan....
     berpayung = menggunakan payung
     bertungkat = menggunakan tongkat

(e) mengeluarkan atau menghasilkan....
     berbunga = mengeluarkan bunga
     bertelur = menghasilkan telur

(f) mengusahakan....
    bersawah = mengusahakan sawah
    berkedai = mengusahakan kedai

(g) mengucapkan.... 
     berdoa = mengucapkan doa
     berjanji = mengucapkan janji

(h) menunjukkan sikap....
     berkasar = menunjukkan sikap kasar
     berlembut = menunjukkan sikap lembut

(i) dalam keadaan....
    bergembira = dalam keadaan gembira
    berduka = dalam keadaan duka

(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....
    bercukur = mencukur diri sendiri
    bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri

(k) ada sesuatunya
     berbahaya = ada bahayanya
     berduri = ada durinya

(l) berlaku atau bekerja sebagai....
    berdukun = berlaku sebagai dukun
    berguru = bekerja sebagai guru

KATA ADJEKTIF DAN KATA ADVERBA

1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti  
    benda,orang,tempat,keadaan 
dan sebagainya.
2. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Safit.

Contoh Kata AdjektifContah Ayat
nakal
garang
besar
tebal
lurus
Chee Keong seorang budak yang nakal.
Lembu janntan itu sangat garang.
Rumah besar itu sangat cantik.
Buku itu tebal.
Pembaris ini lurus.
3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kata kerja.
Contoh Kata AdverbaContoh Ayat
tinggi
kencang
perlahan
gelojoh
lebat
Burung itu terbang tinggi.
Angin bertiup dengan kencang.
Pak Ali berjalan dengan perlahan.
Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh.
Pokok mangga itu berbuah dengan lebat.